logo-new

ARCALAND REALTY SERVICE

3 Kaedah Digunakan Dalam Penilaian Hartanah

Okay, untuk pengetahuan anda, penilaian hartanah (atau dikenali juga sebagai penilaian harta tanah) adalah proses penaksiran nilai sesebuah rumah bila hendak dijual di pasaran.

Menganggar harga hartanah anda adalah langkah pertama untuk menarik minat bakal pembeli dengan tawaran anda.

Dibawah kami sertakan maklumat terperinci tentang penilaian hartanah dan faktor-faktor yang mempengaruhi prosesnya.

Pertama, Anda Perlu Tahu Sedikit Lagi Tentang Penilaian Hartanah

Nilai pasaran: Ini adalah anggaran nilai hartanah pada hari kedua-dua pihak (pembeli dan penjual) membuat perjanjian. Ia adalah harga yang telah dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat dalam transaksi.

Nilai pasaran berbeza dengan harga permintaan, iaitu jumlah yang diberikan oleh penjual hartanah kepada bakal pembeli ketika rundingan proses pertukaran.

Proses penilaian sebenar adalah anggaran harga untuk sesebuah hartanah.

Penilaian dilakukan oleh firma berkuasa dan wakil mereka (selalunya bank dan pakar penilaian bersekutu) setelah mempertimbangkan harga transaksi hartanah terkini dan faktor pasaran lain.

Apa Kelebihan Menilai Hartanah

Ada beberapa situasi di mana anda perlu mengetahui penilaian hartanah semasa anda. Contohnya, anda mungkin merancang untuk melakukan pengubahsuaian yang besar sebelum menjualnya dalam masa terdekat.

Dalam keadaan tersebut, anda mesti tahu nilai rumah anda setelah mengubahsuainya, atau selepas tinggal di situ untuk jangka masa yang panjang.

Semua ni adalah untuk memastikan anda mengetahui nilai sebenar rumah dan dapat memaksimumkan keuntungan sekiranya anda bercadang untuk menjual rumah anda dengan cepat.

Apakah Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Nilai Hartanah:
1) Trend Ekonomi Am

Orang ramai cenderung membeli rumah sekiranya berlaku ledakan ekonomi di mana ada peningkatan dalam pekerjaan, jumlah gaji, dan pasaran buruh.

Masa ni, ramai yang sanggup berbelanja lebih untuk hartanah, dan mungkin sebab tulah harga hartanah makin naik.

Oleh itu, tak munasabah untuk meminta harga yang lebih tinggi, terutamanya jika anda menerima penilaian yang tinggi.

2) Lokasi Hartanah

Adakah hartanah anda terletak di kawasan kejiranan dengan kemudahan yang bakal pemilik rumah baru idamkan atau mungkin berdekatan dengan mercu tanda utama, ofis, dan pejabat awam?

Mungkin juga mempunyai kemudahan pengangkutan awam seperti bas dan kereta api di kawasan tertentu? Ini adalah beberapa faktor yang boleh menjadikan hartanah sangat berharga dan menarik minat para pembeli.

3) Keadaan Pasaran Hartanah Am

Perkara lain yang perlu dipertimbangkan adalah corak permintaan dan penawaran dalam pasaran hartanah. Periksa dulu untuk mengetahui sama ada rumah di kawasan anda lebih dikehendaki oleh pembeli berbanding dengan kawasan kejiranan lain.

Tapi, kalau banyak rumah lain di kawasan kejiranan anda pun sedang dijual pada masa yang sama, mungkin lebih sukar untuk meyakinkan bakal pembeli bahawa rumah anda lah yang terbaik.

4) Demografi Am

Adakah hartanah anda berada di kawasan yang didiami oleh ekspatriat? Mereka mungkin berminat dengan bangunan tinggi yang lebih kecil dan padat di mana mereka boleh menjadi sebahagian daripada komuniti yang lebih besar dan dilengkapi dengan pelbagai tahap keselamatan.

Sekiranya rumah anda terletak di kawasan kejiranan dengan golongan profesional muda dan keluarga yang sedang berkembang pula, bakal pembeli mungkin lebih menyukai rumah yang lebih besar untuk menampung lebih ramai ahli keluarga.

5) Faktor Hartanah Itu Sendiri

Secara semula jadi, hartanah yang lebih besar (lebih luas ruang lantai) akan memberikan penilaian yang lebih tinggi berbanding yang lebih kecil walaupun di kawasan yang sama.

Sekiranya hartanah anda mempunyai mana-mana kemudahan seperti keselamatan 24 jam, kolam renang, gimnasium dan/atau tempat letak kereta, pembeli akan sanggup berbelanja lebih untuk mendapatkan kelebihan ni semua.

Selain tu, jenis hartanah sama ada pegangan bebas (freehold) atau pajakan (leasehold) juga akan mempengaruhi keputusan untuk membeli.

Pemilik pegangan bebas akan memiliki hartanahnya sampai bila-bila, tapi pemilik pegangan pajakan tak lagi memiliki hartanahnya selepas tamah tempoh pajakan.

Sebab tulah lagi ramai yang lebih suka membeli rumah pegangan kekal.

6) Pengubahsuaian Terkini

Sekiranya baru-baru ini anda ada membuat pengubahsuaian terutamanya yang besar seperti menaik taraf bahan atau menaikkan satu bahagian baru untuk mewujudkan lebih banyak ruang peribadi, penilaian hartanah akan terjejas.

Malah, apa saja pembaikan dan peningkatan kualiti pada hartanah yang dilakukan untuk pemilik baru akan menyumbang kepada penilaian hartanah yang lebih tinggi.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

BE A PIONEER

SEND YOUR RESUME NOW!

Most Popular

On Key

Related Posts

BanjiR! APA PERLU BUAT?

Apabila anda menyedari banjir, tutup semua punca air atau tempat yang boleh dimasuki air seperti pintu dan tingkap. Tindakan ini adalah untuk menyekat air memasuki

Bank Negara raises OPR

KUALA LUMPUR (Sept 8): Bank Negara Malaysia (BNM)’s Monetary Policy Committee (MPC) has raised its overnight policy rate (OPR) by 25 basis points (bps) to

APPLICATION FORM